--> .

Kisah Rasulullah SAW Diuji oleh Perempuan Kafir

Kisah Rasulullah SAW Diuji oleh  Perempuan Kafir


Pada suatu hari ketika baginda SAW dan para sahabat pulang dari masjid, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang perempuan kafir yang sedang membawa satu bungkusan untuk diberikan kepada Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah, saya ada bawa hadiah untuk tuan. Saya harap tuan sudi menerimanya." Kata perempuan kafir itu kepada baginda SAW.

Sikap Rasulullah SAW yang sentiasa berbaik sangka kepada semua orang itu walaupun perempuan itu seorang kafir dan yang tidak dikenalinya demi menjaga hatinya Rasulullah SAW menerima pemberian itu dengan rasa senang hati.

Lalu baginda SAW bertanya kepada wanita itu, "Apakah hadiah ini?"Lalu wanita itu menjawab, "Saya hadiahkan buah limau yang manis untuk tuan."

"Terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki kamu." Kata Rasulullah SAW sambil membuka bungkusan itu.

Kisah Rasulullah SAW Diuji oleh  Perempuan Kafir

Wanita itu berkata lagi, "Makanlah tentu tuan suka."

Lalu baginda SAW mengupas kulit limau itu lalu baginda SAW makan buah limau itu di hadapan para sahabat dan wanita kafir itu.

Baginda SAW terus makan tanpa mengundang para sahabat yang lain.

Perbuatan itu menghairankan para sahabat kerana kebiasaanya Rasulullah SAW akan mengundang mereka untuk makan bersama. Rasulullah SAW makan buah limau itu satu-persatu sehingga habis kesemuanya tanpa mengundang para sahabat untuk makan bersama.

Setelah habis kesemuanya Rasulullah SAW tersenyum lalu mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada wanita kafir itu. Sebaik sahaja selesai wanita kafir itu terus beredar meninggalkan para sahabat dan Rasulullah SAW.

Setelah wanita kafir itu pergi meninggalkan mereka lalu salah seorang sahabat yang merasa hairan dengan tingkahlaku Rasulullah SAW pada hari itu terus bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah. Kami perhatikan tuan begitu selera sekali memakan buah limau itu sehinggakan tuan terlupa dan tidak mengundang kami makan bersama sebagaimana yang tuan biasa lakukan sebelum ini."

Rasulullah SAW tersenyum sambil memandang para sahabat lalu berkata, "Tahukah kamu wahai sahabat-sahabatku, sebenarnya buah limau itu bukanlah manis tetapi terlalu masam rasanya. Jika saya mengundang kamu makan sudah pastilah kamu semua tidak sanggup untuk memakannya dan akan memarahi perempuan kafir itu serta memukulnya. Sudah tentu perempuan kafir itu
akan merasa malu."

Begitulah sifat mulia Rasulullah SAW itu tidak mudah untuk dipermainkan oleh orang lain kerana ketinggian dan kemulian akhlak baginda SAW itu.

Dengan akhlak baginda SAW yang mulia itulah menyebabkan ramai orang lain telah insaf akan kesalahan mereka yang pernah dilakukan terhadap baginda SAW.

Begitu jugalah dengan perempuan kafir tadi tujuan dia memberikan buah limau itu agar dapat membuatkan Rasulullah SAW merasa marah tetapi sebaliknya baginda tidak cepat marah apatah lagi untuk memalukan wanita tersebut.

"Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina
Muhammad"

0 Response to "Kisah Rasulullah SAW Diuji oleh Perempuan Kafir"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel